b Norazlin Mohd Noor: 2018

Pages - Menu

TWB The Glamorous Mobile Spa

Haii..bertemu kembali setelah lama menyepi. Apa khabar korang? K.lin doakan semoga anda yang baca entri k.lin kali ni dapat ilham dan idea yang mencurah curah untuk mulakan bisnes spa anda.

TWB The Glamorous Mobile Spa. Walah! glamour sangat ke spa twb ni. Korang nak tahu tak, sekarang ni kan dah ramai wanita diluar sana buka mata untuk jadi sebahagian team TWB. Bulan lepas iaitu July 2018 seramai 66 orang telah sertai pakej spa twb rm1999. Koranggg..66 orang tau! Apa yang glamour sangat ni tentang mobile spa twb?. Hm..mesti ada 'sesuatu' kan.



K.lin story balik sejarah penubuhan bisnes spa TWB.


Mobile Spa TWB ditubuhkan pada tahun 2015 sehingga sekarang. Kenapa wujudnya Spa Twb ni yer? Tujuan utama tak lain tak bukan sebab nak bantu kaum wanita. Supaya kaum wanita yang terbeban dengan masalah hutang dapat selesaikan masalah hutang mereka.


Supaya kaum wanita tidak bergantung harap pada suami apabila ditinggalkan.


Supaya wanita2 diluar sana mampu miliki apa yang mereka nak tanpa batasan.



Supaya kaum wanita dapat miliki aset mereka seperti rumah, kereta dan sebagainya.


Dan kini team twb telah buktikan sendiri





Bisnes spa twb yang zero muflis! Tak ada istilah bankrup.Tak perlu buat loan berpuluh ribu untuk set up spa. Tak perlu pun korang nak gajikan pekerja. Tak perlu sewa kedai mahal2.  Lagi rajin korang lagi lebat lah income korang dapat. Income dari 5 penjuru tau.





Team twb berpeluang untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Masa tahun 2016 ke Perth, 2017 ke Maldives tahun ni akan ke Perth!. So kursus spa twb ni bukan cikai2 tau. buat duit kepok2 lepas tu dapat mentaddabur ke negara orang.



Seriously, k.lin tak pernah lagi jumpa bisnes spa yang mana kita tak ditinggalkan sendirian lepas training. Sejujurnya support group dari team twb banyak membantu. Sebab tu k.lin masih lagi kekal dengan bisnes spa twb! Sangat glamorous!


Nak jadi sebahagian dari team TWB?

Boleh kontek k.lin atau whatsapp k.lin
01133952676

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa Twb

'Sejak join spa twb, kakak dah 3 bulan bayar sewa rumah rm300 hanya menggunakan duit spa'. Ini pengakuan jujur 2 bulan sudah dari kakak k.lin sendiri.

Akan datang servis spa twb akan mendapat permintaan setiap hotel.


K.lin teruja sangat nak share dengan korang tentang kakak k.lin sendiri. Bagaimana kehidupan kakak selepas bergelar 'single mother'. K.lin pernah share sebelum ni pada entri yang lepas, tapi nak juga share lagi. Sebab proven result yang paling dekat ialah kakak k.lin sendiri.


Kakak k.lin struggle untuk besarkan seorang anak tanpa nafkah dari bekas suami. Di tinggalkan sendirian bersama seorang anak tanpa apa2. Lepas 11 tahun perkahwinan, akhirnya kakak pulang ke kampung halaman.


Sedihnya k.lin tengok kehidupan kakak k.lin. Kami adik beradik hanya mampu tolong setakat yang mampu.


Kakak terus dengan bisnes online emasnya. Pendapatan kakak sehari tak menentu. Kadang2 untung dari hasil jualan emas rm15, kadang2 rm30.

Beberapa bulan seterusnya...


K.lin approach kakak untuk join bisnes spa twb. Dah tak sanggup rasanya nak tengok kehidupan kakak. Mulanya kakak agak keberatan untuk mulakan bisnes spa. Lepas beberapa kali di pujuk akhirnya kakak akur.


Lepas training spa (belajar 5 skill +1 advance course how to set up spa) kakak mula promote di facebook. Setiap hari tanpa jemu!.


Kakak belajar bagaimana nak setup spa dirumah dan setup peralatan spa untuk servis mobile spa.


Dan akhirnya kakak mula dapat permintaan dari pelanggan untuk servis spa kakak. Satu2nya harta yang kakak ada, motor! K.lin cakap tak apa kak, kita mula apa yang ada dulu. Pergi rumah pelanggan naik motor. Kakak berniqab..


Kakak tepis setiap negatif vibe yang datang. Beranikan diri untuk mulakan bisnes spa. Akhirnya, servis spa kakak semakin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Hasil dari bisnes spa twb, kakak berjaya melunaskan beberapa hutang. Antaranya :

•Sewa rumah rm300 yang kadang2 tertunggak sampai 2 bulan.

•Perbelanjaan elektrik dan air yang mencecah ratusan ringgit tapi mampu bayar sedikit demi sedikit hasil dari income spa sehingga langsai

•dapat buat perbelanjaan anak untuk ke sekolah, perbelanjaan harian dan top up telefon.


Ya, nampak sikit hutang yang kakak terpaksa tanggung tapi bgi kakak ianya sangat besar. Besarkan anak sorang2, dan tidak bekerja. Mengharapkan income dari servis spa semata2.


Kakak tak sanggup hidup dengan penuh hutang. Alhamdulillah, berkat kesabaran diiringi doa yang bersungguh2 akhirnya kakak berjaya selesaikan semua hutang2 yang ada selepas dipaksa untuk upgradekan skill melalui Spa Shaklee 


Dan yang paling seronok bila kakak dapat permintaan dari pelanggan yang mahukan pakej Spa Pengantin! Income untuk satu pelanggan saja dah boleh cecah rm200. Kakak cuma spend masa kakak untuk attend pelanggan yang mahukan servis spa pengantin hanya 2-3 jam sahaja. Cuba korang bayangkan, jika 2-5 orang yang mahukan servis spa pengantin dah berapa income kakak? Bestkan bisnes spa twb ni.


Income bisnes spa twb sangat2 unlimited. Income bukan dari servis spa semata2, tapi ada lagi 4 penjuru income dalam spa twb. Sebab tu la k.lin masih setia dengan bisnes spa twb ni. Betul2 sayang dengan bisnes k.lin. Income 5 penjuru k.lin dah rasa. Kali ni k.lin nak korang rasa pula. Dan k.lin akan pastikan yang korang tak akan beralih ke bisnes lain.


Sebab apa tau, kami team twb ada support group yang sangat membantu. Susah tau nak move on ke bisnes lain. Saat kekeringan idea, tak tahu nak mula bisnes spa, saat rasa down, k.lin akan rujuk dalam group spa twb dan juga founder spa twb. Tak pernah pun rasa sorang2 je buat bisnes ni. Semuanya dapat tunjuk ajar dari otai2 yang sangat supporting.


Sedikit perkongsian income spa dari kakak k.lin dan juga ahli2 twb yang lain



Income spa bayar sewa rumah rm300 setiap bulan

Hari-hari ada permintaan untuk servis spa

Income hasil dari servis mobile spa untuk sehari

Income spa pengantin untuk 2 pelanggan




Salah satu sebab kenapa pelanggan sentiasa repeat spa twb


Selain income servis spa, anda layak untuk merasai bonus dari hasil bisnes spa twb



Bonus hasil dari spa twb



InshaAllah, mudah mudahan entri k.lin dapat memberi inspirasi dan sedikit info untuk bantu korang cara bebas hutang melalui Bisnes Spa Twb.



Pada zaman sekarang, k.lin yakin kita semua perlu backup income. Tak boleh nak bergantung harap pada income hakiki.



Semuanya duit, duit, duit! Stress dibuatnya! tak sampai hujung bulan duit gaji semakin licin. Ada yang dapat gaji 2 ke 3 hari pun dah clear. Duit simpanan pula semakin menyusut. Tapi bila korang dah terjebak dengan bisnes spa twb inshaAllah, korang boleh genggam rm500-rm1000 sebulan melalui servis mobile spa dan home spa. Trust me!! Terlalu banyak proven result dari support group twb.







Yes, bisnes spa twb sangat berbeza. Income yang korang dapat melalui spa twb sangat unlimited! Income spa yang tidak hanya fokus kepada servis semata2 tetapi ada 'multiple way' untuk  dapatkan income. Percaya tak? Mesti korang tertanya2 macam mana nak dapatkan extra income melalui bisnes spa twb ni. Korang kena join dulu spa twb baru k.lin akan reveal. Pasti tak menyesal..



Spa twb adalah berkonsepkan spa natural. Produk yang digunakan adalah selamat dan tidak 'harm' to our customer serta bebas bahan kimia. Jangan terkejut ya jika korang mudah dapat pelanggan tetap. Ini kerana, rata2 pelanggan sangat berpuas hati dengan produk yang digunakan dan juga servis yang diberi oleh beautician2 twb. Produk yang kami untuk pelanggan kami ialah YOUTH SHAKLEE!



Spa twb wujud pada tahun 2015 oleh founder Master Ainul Sharazad (MAS). Beliau dapat ilham untuk menubuhkan bisnes spa ketika solat 'tahjud'. Impian MAS adalah untuk membantu semua golongan wanita untuk mulakan bisnes dengan spa twb dengan modal yang sangat minimum. Sebab tu bisnes spa ditubuhkan berkonsepkan Spa Wanita 


Last but not least, pada wanita2 di luar sana, jangan rasa down, sedih, dan berputus asa. Upgradekan diri korang dengan skill. Belajar ilmu spa. K.lin yakin bisnes mobile spa pada masa kini semakin mendapat permintaan dari golongan2 wanita di luar sana. Paksakan diri anda untuk sentiasa upgrade ilmu. Dengan berilmu, wang akan follow anda. Tak percaya? Cubalah.. Ini kata2 azimat dari founder spa twb k.lin sendiri. K.lin akan ingat sampai bila2.


Kakak bersama anak2 saudara


Certified beautician and spa trainer
K.lin
011-33952676











TOP TEN PRODUK SHAKLEE

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Sihat ke tu? Harap2 sihat selalu. Jadi entry k.lin kali ni nak cerita pasal produk shaklee. Selalu cerita pasal spa twb kan. Haaa, korang jangan tak tahu yer, dalam bisnes spa twb diwajibkan setiap beautician perlu amalkan supplimen shaklee. Sebab tu dalam pakej spa twb, anda di beri juga supplimen selain produk skin care. Menarik kan? Jangan tak tahu juga yer, beautician2 twb cantik2 dan sentiasa energetik. Satu hari 5-8 pelanggan pun tak jadi masalah. Kenapa? Sebab kami di beri penekanan supaya sentiasa amalkan pengambilan supplimen shaklee. Syuhhhh ini lah rahsia terbesar beautician twb sentiasa maintain cantik dan bertenaga. Hehe


Antara produk produk yang paling laris


Sebelum tu, k.lin nak listkan top 10 produk shaklee yang palinggg laris. Antaranya

Top 10 product Shaklee

1) Vivix
2) Esp
3) Omega
4) vitamin c
5) ostematrix
6) alfalfa
7) vitamin e
8) vitalea
9) collagen
10) lecithin

Jadi untuk entri kali ni, k.lin akan listkan 5 dari top 10 produk yang laku macam pisang goreng panas2. Antaranya

1.Vitamin C
2.Lecithin
3.Ostematrix
4.Omega Guard
5.Alfalfa

Sebarang order atau pertanyaan berkaitan supplimen shaklee boleh direct call/whatsapp/sms ke 011-33952676

Vitamin C Shaklee

Salah satu produk shaklee yang semakin mendapat permintaan di kalangan pembeli iaitu vitamin c sustsined release. Vitamin C shaklee juga adalah salah satu produk top 10 yang paling laris.


Vitamin C shaklee
Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan. Ia digunakan untuk:

•membentuk protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah.

•menyembuhkan luka, bentuk tisu 

•membaiki dan mengekalkan rawan, tulang dan gigi

•vitamin c adalah satu agen antioksidan. Antioksidan adalah nutrien yang menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.




Terlalu sedikit vitamin c boleh membawa kepada tanda2 dan gejala kekurangan seperti :


•anemia
•gusi berdarah
•kurang upaya lawan jangkitan
•rambut kering dan membelah
•mudah lebam
•gingivitis
•hidung berdarah



Vita-C Shaklee dari jagung? Kenapa Shaklee pilih Jagung? 

Shaklee memilih jagung kerana sumber daripada jagung ini adalah yang terbaik. Uniknya sumber vitamin yang terdapat di dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupun dimasak, direbus, dan dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain yang biasanya cepat rosak atau hilang atau berkurangan.


Kebanyakan sumber vitamin c daripada buah-buahan citrus tinggi dengan kandungan asid. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.


Disebabkan itu para saintis Shaklee menggunakan ekstrak jagung untuk mengelak sakit perut, cirit-birit dan gastrik.


Ok korang pernah tau tak vitamin c ada 2 jenis :

-sumber vitamin semulajadi
-vitamin sintetik

Untuk vitamin semulajadi hasilnya dapat dari ektrak buah dan kulit buah

Manakala vitamin sintetik di hasilkan dengan cara meniru molekul asli. Vitamin sintetik/vitamin buatan di buat dengan cara mencampurkan bahan bahan kimia untuk dapatkan kandungan yang sama

So hati hati yer dalam memilih vitamin c, takut terbeli yang sintetik jer.




Dulu k.lin memang ada masalah sinusitis yang teruk. Time study dulu boleh dikatakan hari hari bersin. Tak kira la pagi petang siang malam. Sapu tangan atau tisu memang standby kat tangan k.lin.

Bila dah consume vitamin c sustained release gejala bersin, sakit kepala dah berkurang. Dan sampai sekarang ni pun k.lin masih consume vit c. Sekali beli tahan 6 bulan. 

Kalau anda tahu?

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri seperti arnab. Arnab mampu menghasilkan 18 000 mg vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula, vitamin C larut-air dan akan hilang secara berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.


Kajian daripada Dr. James Scala telah menunjukkan adalah selamat untuk mengambil 5000 mg hinga 10 000 mg Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C mengambil 18g sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.

Perbezaan Shaklee:

“Sains pembebasan berterusan secara semulajadi” vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang msa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. 

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavoid (25% dari bioflavoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Manfaat utama vitamin c shaklee


1. Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asa otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempetingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


2. Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


3. Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dankuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, dan asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.


4. Memerangi kanser - Ia adalah satu satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ianya juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum iamenyerang sel-sel badan kita.


5. Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


6. Memperbaiki insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.


7. Mengekalkan kolesterol sihat - Ianya mampu mengurangkankolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Vitamin C yang memadai dari Buah?


Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.



Amaran!!!

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C.

Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.

Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak.


Terlebih dos vitamin C -melebihi 12 tablets akan menyebabkan sedikit cirit-birit.


Kenapa perlu pilih vitamin c sustained release shaklee

Dalam banyak banyak, Sustained Release Vitamin C Plus paling berbaloi beli!

Nak tau kenapa? Sebab

1.Sebotol ada 180 biji

2.Sebotol tahan 6 bulan

3.500mg vita c setiap tablet

4.Pelepasan vit c secara berperingkat selama 5 jam

5.Khasiat setiap tablet vit c bersamaan dengan khasiat 7.5biji oren atau 1.5biji setiap jam!

6.Harga yang sangat mampu milik





Nak order supplimen shaklee? Feel free to call/whatsapp/sms k.lin 011-33952676

Lecithin Shaklee

Hai semua.. bertemu lagi pada hari ini malam Rabu. Satu hari ni, k.lin boleh siapkan 5 entri pasal top 10 jualan paling laris dalam shaklee. 5 entri tau bukan sikit tu. Pagi2 dapat siapkan 3 entri tentang ostematrix, alfalfa dan omega guard. Woww, jenuh juga la nak karang ayat bagi korang baca. Harap anda semua enjoy dengan entri k.lin iaitu lecithin shaklee

Lecithin shaklee


Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan 



Kebaikan Lecithin

•Membersih dan melicin saluran darah (sebab itu lecithin ni lebih popular dalam set kurus)

•Sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah  yang power! (sebab ini juga, tiap set kurus ada lecithin)

•Mengawal penggumpalan platlet darah.

•Menggalakkan metabolisma lemak.

•Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.

•Mengelakkan nyanyuk / penyakit alzhimer


Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.



•Mencergas dan mencerdaskan otak, bagus untuk kanak-kanak juga. Lecithin ada dalam set perkembangan IQ dan kecerdasan kanak-kanak

•Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK. 


Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak. Antaranya :


>Mengawal kehilangan air oleh kulit.

>Menjaga kesihatan membran sel.

>Menjaga kesihatan saraf.

>Penting dalam penghasilan hormon.

>Untuk rambut yang sihat dan berkilat



Siapa perlukan Lecithin?



•Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.

•Pesakit diabetes dan buah pinggang.

•Penderita stroke.

•Mereka yang kolesterol tinggi.

•Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout

•Mereka yang sukar tidur 


Ibu yang mengalami bengkak susu boleh ikhtiar dengan lecithin shaklee


Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin Shaklee kepada ibu yang menyusu?

•Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat. (Bengkak Susu)

•Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.

•Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.

•Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi .





Kesan sampingan akibat kekurangan Lecithin


•keguguran rambut

•Tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama kanak-kanak @ anda yang sedang belajar

•Sering sakit dan mengalami keradangan.



10 FAKTA MENARIK TENTANG LECITHIN YG MGKN ANDA TAK TAHU : 

•Pelarut kolestrol . Sb tu boleh cegah darah tggi, stroke, jantung

•Pecahkan lemak. Lemak jd terapung dalam darah, tak terlekat pd salur darah.  Sebab tu boleh kuruskan badan.

•Darah berjalan lancar, akibatnya kulit terpaksa nampak fresh kemerahan seolah memakai BLUSHER. Blusher semulajadi 😊

•Rambut sihat dan cantik, kulit lembut gebu.

•Atasi masalah bengkak susu bagi ibu menyusu

•Period pain? Alami gejala PMS? Ambillah lecithin!

•Bagus untuk otak. Saraf otak berkembang, bantu tingkatkan kecekapan "short term memory" dan cegah Alzheimer

•Cegah penyakit berkaitan hati. Hati penting untuk sintesis lemak dan buang toksin dalam badan. Bantu sistem percernaan. Jerawat banyak naik kat dahi? Hati2 takut ada masalah pencernaan yg melibatkan fungsi hati. Jd jgn biar hati bermasalah.

•Lecithin adalah berasaskan soya.
Cholestrol-Free

•Gatal-gatal, eczema bagus ambil lecithin.







Okay, k.lin berhenti disini dulu untuk entri kali ni, nak rasa kebaikan lecithin shaklee boleh call/whatsapp/sms k.lin 011-33952676

Ostematrix Shaklee

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Semoga anda ceria ceria selalu di hari rabu yang indah ini. Cuaca pagi ni di kampung halaman k.lin sejukkk je rasa. Seronok tau duduk kampung. Jauh dari kesibukan, stress dan kurang pencemaran. I really enjoy kehidupan dan suasana kampung macam ni. Cukup lah hari2 pergi kerja hadap jem yang tak sudah2, perjalanan nak ke tempat kerja pula ambil masa lebih kurang 2 jam. Nampak tak betapa stressnya k.lin hari2 ulang alik dari kedah ke penang. Sakit habis badan badan ni. Hehe..



Ostematrix shaklee


Panjang pula kan mukadimahnya. Tapi k.lin ada cara nak atasi masalah stress dan badan letih lesu dek perjalanan ke tempat kerja ambil masa di tambah pula bebanan waktu kerja.


Macam mana k.lin atasi dan maintain kecergasan tubuh badan? Haaa..kalau nak tau, k.lin wajibkan diri k.lin ambil b-compex dan ostematrix. Tapi yang lebih powerful bagi k.lin kesannya of course la ostematrix a.k.a pil kalsium. Jom follow k.lin kenapa kita perlukan ostematrix ni.








Siapa yang perlukan ostematrix shaklee?


• yang mempunyai masalah alergi pada bahan tenusu. Anda rasa anda salah seorang darinya? Susah nak minum susu, bau pun dah tak sanggup. Amalkan ostematrix 4 caplets setiap malam sebelum tidur

• Cepat letih, tidak bertenaga
• kurang tidur
• sakit kepala yang teruk. Sekiranya ada migraine yang teruk boleh consume ostematrix
• Ibu hamil yang menyusukan anak




Kebaikan ostematrix

Dapat tidur dengan nyenyak

Halang osteoporosis (tulang rapuh)
Badan sentiasa cergas
Mengurangkan gejala kebas2 tangan dan kaki
• Melancarkan peredaran darah
• Melegakan PMS
• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi  yang sihat

• Meringankan stress
• Menstabilkan tekanan darah
• Membantu mengurangkan sakit belakang
• Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
• Membantu dalam masalah gastrik


 

Tanda-tanda kurang kalsium dalam badan

Antara tanda mereka yang kurang kalsium dalam tubuh : 



  • Kejang, kebas kaki, tangan
  • Mudah letih
  • Kuku rapuh
  • Rambut kasar
  • Kulit kering
  • Gigi reput
  • Tekanan darah tinggi
  • Mudah marah, stress
  • Sukar tidur
  • Sakit tulang, sendi
  • Reumatiod arthritis
  • Rickets
  • Paras kolestrol tinggi



Kandungan yang terdapat dalam ostematrix


Apa pula Kandungan dalam Ostematrix:

Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya

Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

Boron - Bantu dalam metabolisme tulang


Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang  


Dose yang di syorkan


Dose yang di syorkan untuk setiap hidangan adalah 4 caplets setiap malam sebelum tidur.



Sampai di sini saja entri k.lin tentang ostematrix. InshaAllah, semoga entri k.lin membantu anda semua untuk mencari pil kalsium yang sesuai dengan kehendak anda. 


Nak order supplimen shaklee? Boleh call/sms/whatsapp k.lin di 011-33952676


Omega Guard Shaklee

Orait, entry kali ni k.lin nak share pasal supplimen shaklee yang paling laris. Kiranya jualan top 10 paling laku dalam shaklee.
Omega guard shaklee


Pernah dengar tak pasal minyak ikan? Ha, kalau nak tahu shaklee pun ada supplimen minyak ikan iaitu omega guard.


Salah satu supplimen kegemaran k.lin dan anak2 k.lin. Setiap bulan k.lin wajib beli omega guard sebagai stock pengambilan setiap hari. Dan k.lin rasa kelainan bila ambil omega guard shaklee. Antaranya:


● badan dah tak letih lesu
● fikiran semakin cergas dan sangat energetik
● alahan pada makanan seafood (terutama udang dan ketam) semakin kurang. Dan sekarang k.lin boleh menikmati dengan bahagianya. Hehe
●ekzema pada badan dah hilang dengan asbab omega guard. Tiada lagi gatal2 pada leher, ketiak dan setiap bahagian pelipat.


K.lin kongsikan kebaikan kebaikan yang ada dalam omega guard shaklee.

Kebaikan omega guard shaklee

1. Kesihatan Jantung
•Mengurangkan keradangan
Keradangan boleh menyebabkan kerosakan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung

EPA dan DHA membantu dalam:
•Mengawal triglyceride
(kolestrol) dan tekanan darah
• Improve peredaran darah
•Maintain a healthy heart rhythm

2. Fungsi Otak

Otak kita diperbuat daripada 60% lemak dan kebanyak sistem saraf adalah daripada kemak. Bahagian cerebral cortex mengandungi lebih kurang 20% DHA..

EPA & DHA membantu :

• Transmission of information between nerves
• Kesan positif terhadap mood, perlakuan, kognitif, memori dan pembelajaran.
• Slow down apa-apa penyakit berkaitan kerosakan otak seperti Alzheimer dan dementia.

3. Kesihatan sendi dan tulang

• Membantu mengekalkan densiti mineral tulang.
•Membantu pergerakan sendi ; lebih fleksibel, kurangkan bengkak dan sakit.

4. Kebaikan bagi ibu hamil dan menyusu

•Membantu dalam perkembangan otak anak-anak dan sistem imunisasi
•Membantu ibu berpantang untuk sentiasa positif
•Mengurangkan risiko elergik pada bayi



Kenapa perlu pilih omega guard shaklee?

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan lima lagi asid lemak semulajadi.

Omega Guard Shaklee sangat istimewa kerana :
1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

🐟Menyingkirkan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCB's dll.

🐟Proses ini juga membantu memekatkan dan menulenkan omega-3.

🐟Mengurangkan bau dan rasa hanyir.


2. Minyak ikan kecil dari laut dalam

Kenapa Shaklee pilih ikan kecil laut dalam?
Kerana, laut dalam jauh dari pencemaran seperti kapal dan toksik..

Kenapa ikan kecil?
Kerana, secara logiknya jika ikan besar maka semakin banyak kandungan toksik yg ada pada ikan tersebut.

3. Kualiti terjamin, minyak ikan bergred farmaseutikal


Apa itu asid lemak omega-3?

Omega-3 merupakan lemak tidak tepu yang diperlukan oleh badan manusia. Kiranya, lemak baik lah. Bukan lemak-lemak jahat yang menggemukkan.

Badan manusia tak mampu bina sendiri asid lemak omega-3 ni. Tapi kita boleh dapatkan omega 3 ni daripada makanan yang kita consume.

Apa makanan yang mengandungi Omega-3 ni?
Ikan, kacang walnut, sayuran hijau, algae dll. Tapi adakah cukup asid lemak omega-3 ni jika kita hanya bergantung kepada apa yang kita makan sahaja? (Nanti kita akan jawab soalan ni)

3 jenis omega-3 yang utama adalah :
1. DHA (docosahexaenoic acid)
2. EPA (eicosapentanoic acid)
3. ALA



Ibu mengandung boleh ambil omega guard?



Kebaikan omega guard untuk ibu mengandung

Sedikit perkongsian tentang pengambilan omega guard bagi ibu mengandung.


Untuk pengetahuan semua,
Omega guard boleh diambil oleh semua ibu mengandung tidak kira trimester pertama, kedua ataupun ketiga. waktu yang paling sesuai untuk mengamalkan pengambilan omega guard shaklee adalah pada trimester 2 & 3 bagi membantu perkembangan otak bayi.


Ingat!
Pengambilan omega perlu dihentikan apabila semakin hampir dengan waktu kelahiran iaitu kira-kira 2-3 minggu sebelum kelahiran kerana omega guard ini akan mencairkan darah..hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya tumpah darah ketika proses kelahiran.


Setakat ini dulu perkongsian k.lin yang tak seberapa. Tapi k.lin yakin sedikit sebanyak perkongsian k.lin dapat bantu anda untuk memilih minyak ikan yang terbaik.


Boleh roger k.lin untuk dapatkan omega guard shaklee.

Call/ whatsapp/ Sms
Lin 011-33952676



Alfalfa Shaklee

Assalammualaikum

Selamat pagi dan bertemu kembali entry pada pagi ini. Okay tanpa membuang masa k.lin akan ceritakan kenapa alfalfa shaklee adalah produk paling laris dalam jualan shaklee. Pasti ada sebabkan kenapa ramai sangat peminat alfalfa iaitu raja segala tumbuhan.

Alfalfa shaklee

Okay meh nak cita sikit latar belakang @ sejarah Alfalfa Shaklee ni ek..

✅ kenapa alfalfa digelar raja segala tumbuhan? Sbb alfalfa tu sendiri bermaksud raja segala makanan.

✅ alfalfa ni salah satu tumbuhan yg sgt berkhasiat.. knp? Sebab akar tunjang dia boleh cecah 20kaki dalam tanah. Jd alfalfa blh menyerap lebih byk nutrien dr tanah.

✅ kalau ikut kajian, lebih 300 nutrien & mineral ada dlm pokok alfalfa ni. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin & klorofil.

✅ Alfalfa adalah produk signature shaklee tau.. Dr C. Forrest Shaklee hasilkan alfalfa pd tahun 1950. Fuhh dah dekat 70 tahun dah rupanya.

✅ Shaklee punya alfalfa ni diorang tanam di kawasan subur di California, & shaklee cuma gunakan serbuk daun alfalfa je utk hasilkan tablet alfalfa tu, sbb tu senang larut dlm air.



Antara khasiat khasiat alfalfa shaklee



1. Agen detoks

Pada sesiapa nak kurus elok makan alfalfa ni. Saya pun setiap kali rasa makan berlebihan atau mkn yg bukan2 (fast food etc) memang akan telan alfalfa ni 10 biji terus. Panas sikit la rasa badan, tapi lepas dh alfalfa bertindak dlm badan kita & buang melalui 💩 ringan terus rasa badan. Kalau tak mesti menyesal makan banyak.


2. Keputihan

Alfalfa bantu kurangkan keputihan, kegatalan & bau yg kurang menyenangkan.


3. Ala-ala kacip fatimah & tongkat ali untuk pasangan yg dah berkahwin. Wajib ambil bagi pasangan yang dah berkahwin dan anda akan rasa kesannya. Tak menyesal okay!


4. Milk booster

Org dulu2 mkn gitu je daun alfalfa mcm ulam sebab nak banyakkan susu badan. Kita sekarang untung shaklee dah tolong tabletkan hehe...



5. Kesihatan tulang

Nutritionist shaklee pernah ckp, makan 10 biji alfalfa ni umpama kita minum segelas susu tinggi kalsium. Klu baca balik yg saya share awal2 tadi, antara nutrien yg ada dlm alfalfa salah satunya adalah kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yg cukup.

Jadi klu x suka minum susu blh mkn alfalfa.


6. Masalah bau badan, kaki & mulut

Masalah bau ni berkait rapat dgn toksin dlm badan. Bila mkn alfalfa, toksin dlm badan akn disingkirkan, InshaAllah no more smelly2 body okay.


7. Resdung

Yang ni mmg x dpt dinafikan lg 😂 gamak terlebih makan seafood (bg yg resdung kuat) sila telan alfalfa ye. Ataupun lg elok sebelum mkn seafood tu blh ambik alfalfa dulu.

Sama jgk yg alah dgn habuk etc, blh ambil alfalfa utk kawal resdung.

Bahaya tau resdung ni, blh buat mata buta klu x rawat!

Tanda-tanda badan ada resdung

- nafas berbau
- kerap selsema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur


8. Lain2 khasiat alfalfa ni utk gout, lancarkan haid, kawal gula dlm darah, kawal kolesterol, atasi masalah sembelit,kesuburan dsb.


Tapi tak semua tau yang boleh consume alfalfa shaklee ni. Antara golongan-golongan yang tak boleh consume alfalfa shaklee ialah.



1. Penghidap SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.


Dalam Alfalfa ada sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sbb tu la pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Shaklee pun ada tulis kat botol Alfalfa tu.




2. Pesakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.


Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.



3. Ibu menyusu bayi G6PD deficiency

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.


Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.



Alfalfa salah satu produk dalam penggunaan spa TWB.


1. Scrub Muka

Sgt powerful utk yg ada resdung & whitehead

2. Scrub Badan

Masa scrub badan ni, make sure simpan sikit utk bg pd customer scrub sendiri bahagian sulit dia ie celah kangkang, ketiak dsb. Boleh kasi pudar hitam2 tu tau

3. Spa Kaki & Tangan

Hilangkan Sunburn

4. Sauna

5. Pengganti boreh

Boreh ni rempah ratus yg selalu Spa guna utk rendaman kaki. Fungsi dia utk buang angin, buang toksin, masalah bau kaki dsb.

Kita boleh guna alfalfa.

Caranya mula2 rendam dulu alfalfa 20biji bg larut, kemudian bancuh cair ja agak2 boleh rendam kaki, bancuh dgn air suam, blh letak limau klu nak.


So setakat ini saja perkongsian dari k.lin tentang alfalfa shaklee. Kalau anda teringin nak cuba dan nak rasa kebaikan alfalfa shaklee dari k.lin sila hubungi / whatsapp k.lin di

011-33952676
Fb Norazlin Mohd Noor

Modal Minima Buka Spa


Pernah tak korang terfikir nak ada spa sendiri? K.lin dulu tak terfikir pun nak ada spa sendiri sehinggalah k.lin terjumpa bisnes spa The Walking Beauty (TWB) pada bulan 9 tahun 2015.


Bila dah berkecimpung dalam bisnes spa Twb, baru k.lin tahu betapa mudahnya nak ada spa tanpa kedai atas nama sendiri. Tak perlu modal yang berpuluh ribu nak buka spa, tak perlu sewa kedai mahal-mahal. Dan paling penting tiada istilah bankrup! Semuanya menjadi mudah bila k.lin jumpa bisnes spa twb dengan modal yang minima tapi pulangannya berganda-ganda!




Di sini dan bermula saat ini, k.lin cuba bantu kaum wanita terutamanya adik2 lepasan SPM, lepasan graduan, ibu tunggal, isteri yang mahu bantu suami dan pada sesiapa saja, kenapa perlu pilih bisnes mobile spa twb dengan modal yang sangat minima.




Berapa modal yang di perlukan, bagaimana nak mulakan bisnes spa. K.lin akan ajarkan anda. Tak perlu nak mulakan bisnes spa setelah lengkap dengan peralatan spa. Mulakan apa yang ada dulu. Menarik bukan? Ini lah yang k.lin praktis selama ini.



Yuran RM1999 untuk miliki spa tanpa kedai

Apa yang saya dapat sekiranya saya keluarkan modal sebanyak ini untuk miliki spa sendiri?

• Anda dapat belajar 5 skill spa dan 1 advanced course how to set up spa. Skill yang anda akan belajar ialah :

* full facial relaxing spa
* body scrub
* flower bath and aura bath
* hand spa & foot spa
* herbal sauna

• Dapat miliki spa atas nama sendiri

• Beauty product Shaklee. Oh ya, product skincare spa twb sangat mengesyorkan penggunaan YOUTH untuk pelanggan2 yang mahu berspa. Ini kerana shaklee telah menjalankan penyelidikan selama 8 tahun sebelum di lancarkan.

• Peralatan spa seperti beg spa, steamer, ion face massage dan kit spa. Sangat mudah, habis training spa akan beg dan terus mulakan bisnes mobile spa anda.

• Training spa one to one sampai mahir.

• Dapat akses ke group online coaching seumur hidup. Anda akan di beri tips2 dari otai2 yang sudah lama berkecimpung dengan bisnes spa seperti bagaimana nak cari pelanggan, bagaimana nak tarik duit setiap hari, bagaimana nak set up spa di rumah (home spa) dan mobile spa.

• Lepas training spa terus dapat sijil


Lepas training terus angkat beg dan mulakan bisnes spa



Produk skin care youth


Salah seorang beautician yang menjalankan servis mobile spa

Habis training dapat sijil

Income spa dapat beli handphone


Dapat akses ke group lifetime coaching


Income spa salah seorang ahli twb

Agen-agen spa twb di perlukan di seluruh negeri. Ini kerana permintaan mobile spa semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan wanita pada masa kini.



Anda boleh dapatkan maklumat dan info secara detail dengan hubungi k.lin di



01133952676 whatapps, telegram
Facebook Norazlin Mohd Noor


♥ Copyright © Norazlin Mohd Noor | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif