b Norazlin Mohd Noor: March 2018

Pages - Menu

Saat Magika Bersama Twb






 Teruja betul k.lin bila dapat post first entry k.lin dalam blog. Yer k.lin tahu, masih kosong dan tak ada apa2 nak di selongkar dalam blog k.lin yg cantik ni. Hew hew hew


Anyway, lepas ni k.lin akan keep on entry untuk penuhkan info2 Spa Tanpa Kedai The Walking Beauty di blog k.lin. 


Oraitt, tanpa membuang masa k.lin akan ceritakan saat magika k.lin bersama Twb. Kisahnya bermula pada 3 bulan lepas tahun 2018 (sambil dongak ke langit mengimbau kenangan lalu)...


Ceritanya begini...



Kakak k.lin dulu seorang suri rumah sepenuh masa, bergantung harap pada suami untuk setiap perbelanjaan isi rumah. Tapi setahun yg lepas, perkahwinan kakak yang sudah menjangkau 11 tahun dibina atas dasar suka sama suka tidak bertahan lagi.



 Kakak hilang punca pendapatan. Berpisah tanpa diberi hak nafkah. Kakak buntu, megharapkan bisnes online emas yg kadang untungnya rm15-rm30. Kadang2 langsung tak ada. Hampa!




Nampak sangat kakak down, jadi pendiam, kurang keyakinan. Kami adik beradik dapat tolong semampu yg boleh. 




Masa berganti masa, Bulan berganti bulan, kehidupan kakak nampak struggle 😔 kesian tengok kakak. Terpikir juga apa yg boleh aku bantu kakak aku. Sampai bila kakak aku nak hidup mcm ni. Pernah satu ketika, minyak motor habis lepas ambil ank dari sekolah. Kadang2 tak ada duit nak buat belanja sekolah anak. Sebak!




Macam2 dah kakak buat untuk tampung kehidupan kakak. Jual ais krim 1 Malaysia tapi hasil kurang memberangsangkan b. Jual produk beauty collagen. Macam2 kakak jual.




Satu hari, terdetik hati nak suruh kakak belajar spa. K.lin cakap dengan kakak, bisnes spa twb senang sangat bila kita ada ilmu. Kat mana2 pun boleh apply. Dan tak ada istilah rugi atau bankrup. Hasil yang kakak dapat 100% masuk dalam poket. Tak perlu gajikan pekerja. Tak perlu juga sewa kedai mahal2.



Sehari 1 kastemer kakak boleh dapat rm60. Itupun kalau kastemer amik pakej facial. Kalau spa seri pengantin harganya rm200 kalau 2 kastemer dah berapa? Kalau sebulan?? Cer kira!




Dan pada saat itu, kakak belajar ilmu spa, nampak riak wajah kakak lebih teruja. Lepas belajar, kakak cakap senang rupanya belajar spa ni. Kakak mula praktis ilmu spa, buat dekat adik beradik dulu bagi mahir dan cekap. K.lin pinjamkan kakak peralatan spa k.lin.




Dan bermulah lah kehidupan kakak seorang BEAUTICIAN!!




Satu hari...'Kak, boleh tak pi rumah kastemer lin. Kastemer nak buat facial'. Kakak cakap ok boleh. Sehari sebelum nak ke rumah kastemer kakak cari rumah naik motor. Takut xjumpa rumah kastemer 😂 Malam tu kakak tidur x lena 😂 excited gamaknya.




Dan lepas buat facial untuk 1st kastemer, k.lin ingat lgi, Income 1st kakak untuk sejam bukan rm60!! Lepas kakak attend 1st kastemer dapat lagi job spa. Kastemer ke dua request pakej facial. Rasa2 korang income sehari rm120 untuk masa 2 jam banyak tak untuk kakak k.lin??  Ofkos banyak!!




Dan lepas pada tu kakak mula dapat regular kastemer untuk facial. Dan ada juga kastemer kakak yg request pakej spa seri pengantin. Kakak keep on post dalam page sg petani pasal mobile spa kakak. Hari2 tanpa jemu kakak post.




Dengan ilmu spa, kakak dapat bayar duit sewa rumah rm300 setiap bulan, dapat buat perbelanjaan harian. Dapat buat belanja muaz ke sekolah. Dapat beli apa yg kakak nak.  Semuanya bermula dgn ilmu spa twb. K.lin nampak kakak makin semngat berbanding dulu.




Hari2 update dgn k.lin kakak ada kastemer nak buat spa hari ni. Boleh dikatakan hari2 lah kakak ada job spa. Kakak cakap rupanya bisnes spa lagi mudah dari yg lain2. Serius kakak cakap 😉




Dan sekarang kakak tengah kumpul duit untuk raya nanti. Nak pi jalan2 konvoi ramai2. Baju raya untuk muaz kakak dah beli. Alhamdulillah, k.lin seronok dgn kehidupan kakak sekarang.





So inilah cerita saat magika bersama twb tentang kakak k.lin. Hanya ilmu spa semuanya berubah dgn izin Allah. Yg penting usaha, doa dan tawakkal dan jangan pernah jemu keep on sharing pasal bisnes spa kita. Supaya org tahu kewujudan bisnes kita. 



Itulah saat magika k.lin bersama twb. Yg sangat terkesan dalam hidup k.lin. Mudah mudahan k.lin dapat sampaikan ilmu spa untuk wanita2 lain diluar sana.


♥ Copyright © Norazlin Mohd Noor | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif