b Norazlin Mohd Noor

Pages - Menu

My Shaklee Love Story

MY SHAKLEE LOVE STORY 😍

Klin ingat lagi masa tahun 2012 kalau x silap. salah pakai produk, habis muka bengkak2, kening sebelah hilang 😂 muka jadi hitam. Kulit gatal2, seri wajah ntah ke mana.



Punca utama sebab nk kembalikan zaman kegemilangan sebelum beranak dulu 🤤 nk dpt shape kerengga la konon, last2 produk tu x sesuai dgn klin. Kerengga ntah ke mana, moon face yg dapat 😂

Allahuakhbar, malu jangan cakap lah. Sedih gilaa. P balik kedai yg klin beli produk tu, staff tu cakap kami x boleh buat apa. Menyesal! Macam lepas tangan pun ada. Balik rumah termenung

Ya Allah masa tu down gila2 sebab malu sangat nak berdepan dengan org ramai. Nak2 time kerja. Nak hadap muka doc lagi, patient, kawan2, suami 🥺 malu sangat. Low self esteem org cakap. Dengan bengkaknya lagi, dengan hitamnya lagi, kening sebelah luruh, gatal2 kulit muka. Boleh bayangkan x how bad kesannya


Gmbr kiri Ni tahun 2018, klin x comsume apa2 suppliment
Tahun 2020 mula konsisten suppliment vitamin c dan B complex secara konsisten


Orang tegur tu toksah cakap laa, ramai! Jumpa MO (doc) ntah beberapa kali pun x jalan. Amik inj steroid sebab nk kurangkan inflamasi dan bengkak, pun x jalan. Doc pun abis ikhtiar dh tu. Bukan sekali jumpa doc, banyak kali beb! Sampai doc tu suh p buat allergik test!

Ditakdirkan Allah, jumpa sepupu yg kebetulan jual suppliment shaklee. Cousin suh try set allergik. Klin amik vit c, alfalfa, b complex.

Alhamdulillah..xsampai sebulan, bengkak dh surut, gatal2 hilang, kulit dh x ada keradangan atau merah2. Asbab consume suppliment shaklee. Klin dh mula syok dh. Terus sign up jadi ahli shaklee 🤗

Kalau nk tahu alfalfa

bagus untuk rawat eczema dan allergik, detoks darah, buang toksik dalam badan, rawat kencing kotor, buang angin dalam badan, kurangkan masalah bau badan, sebagai jamu moden.

Vitamin C
Halang pigmentasi kulit
Bentuk kolagen
Tingkatkan imun badan
Cerahkan kulit
Pudarkan jeragat
Halang pigmentasi kulit
Tinggi antioksida
Atasi kulit kering
Bantu luka cepat kering

B complex
Kawal stress, serikan wajah, beri tenaga, kesihatan saraf, cegah anemia

Sekarang consume balik vitamin c dan bcomplex, dan klin bandingkan gambar tahun 2018 dan tahun 2020. Beza yakmat! Makcik senior vs makcik baru nk up, lain oiii. Hahaha

Ada masalah allergik, eczema boleh cuba consume alfalfa, vitamin c dan b complex. Kak lin dh consume 2 bulan. Lain yg nak rawat lain yg klin dapat. Alhamdulillah..

Oh ya, klin masih lagi mencari kawan2 yg nk buat side income dgn shaklee boleh pm atau drop komen ya. Musim pkp sapa yg duduk saja takmau amik peluang dia rugi. Kuasa online melonjak naik. Yang untung sekarang adalah org yg berebut peluang buat bisnes shaklee time pkp 😍

Feel free to roger me ya kalau nak order supplimen shaklee

Lin 01133952676

Penting ke ambil supplimnet?

Kenapa Wajib Ambil Supplement waktu sekarang? 

Kalau bergantung pada makanan yg sihat setiap hari, tak boleh ke? 

Once dah ambil supplement, kena ambik seumur  hidup ke? 

Pernah terfikir soalan2 ni tak?



So untuk menjawab soalan2 di atas, jom kita tengok satu persatu kenapa kita boleh katakan, supplement dah jadi wajib sekarang! 

1) Nutrien kurang dalam bahan mentah

》Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dgn yang ditanam di atas tanah yg subur. 

》Ditambah pula dgn penggunaan racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar yang lain, merendahkan lagi kualiti buah dan sayuran tersebut.

》 Sayur & buah2an yang kita beli pula, mostly adalah tanaman komersil (ditanam dgn kuantiti yang banyak & berulang kali di atas tanah yang sama). So mmg kita boleh expect kadar nutrien yg dpt untuk setiap tanaman yg ditanam.

Carrot sekarang adalah berbeza dgn carrot 20 tahun yang lalu ye in terms of kadar nutrien di dalamnya! 

2) Zat makanan yang mudah hilang 

》 Semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan bahan mentah, banyak zat makanan yg hilang

》Vitamin C dan enzim dalam bahan mentah pula, mudah termusnah oleh haba semasa proses memasak.

So sayur yang kita masak tu, bukan 100% kita boleh dpt vitamin C. 

3) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh drpd makanan.

》Contohnya, Vitamin C & Vitamin E yang diperoleh dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan (nak halang sel dari rosak/ mati)

》Tambah kualiti bahan mentah yg kita mkn tu, dah banyak hilang nutrien. 

》Nak dapat 500mg vitamin c, kita kena makan 7 biji oren setiap hari. Sanggup? Ni minimum qty tau, kalau merokok ke, demam ke, lagi tinggi dos vitamin c yg diperlukan. Mampukah kita telan berbiji2 buah oren? Dan adakah oren tu berkualiti?

4) Pengambilan ubat & diet yang tidak sihat

》Bila kita ambil pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alcohol, atau anti biotik, ianya boleh menganggu penyerapan zat makanan.

》Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam juga mengurangkan lagi simpanan zat makanan dalam tubuh.

5) Diet yang tidak seimbang

》Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang dan tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan. 

》 Kalau seimbang sekalipun, tidak mencukupi disebabkan point di bawah ↩ - kita mkn sihat2 pun, tiba2 hidu asap lah, minum air yang tak bersih dsb. 

6) Alam sekitar yang semakin tercemar

》 Pencemaran Air
》 Pencemaran Udara 
》 Pencemaran akan mendedahkan tubuh kita dgn lebih banyak radikal bebas yang akan merosakkan sel! 

7) Gaya hidup yang tidak sihat

》 Stress
》 Tidur lambat
》 Expose to gadgets
》 Malas bersenam
》 Sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kpd makanan segera yang tinggi kandungan MSG

So kalau orang tanya anda, sampai bila saya perlu ambil supplement ni??

Jawapannya: 

Sampai u boleh hidup di kawasan yg bebas asap, yang tidak tercemar, yang u boleh dpt bahan mentah yang berkualiti, dan u jaga cara u masak, jaga makanan yang u ambik hari2, pastikan seimbang, cukup buah & sayur dan u mampu tak hidup dgn gadget, tak stress, tidur on time dsb.

Jika dpt buat semua ni, maka tak payah langsung ambil supplement. 

So rasa2nya boleh buat semua di atas? 

Jika tidak boleh, maka suka atau tidak, mmg kita perlu ada sokongan nutrien tambahan dari supplement untuk tampung nutrisi gap dalam badan. 

Jika badan ada gap nutrisi, tu yang jadi sakit, sukar tidur, sukar hamil , sukar membuang etc kerana sistem dlm badan terjejas. Tak boleh nak function to its fullest ! 

Jangan berkira untuk invest duit demi kesihatan.

Dan ... kena pilih Supplement yang betul!

Yes! Kak lin dah pun pilih suppliment shaklee sejak dari 2012. Dan sekarang klin SID SHAKLEE yg sah. Nak suppliment shaklee roger kak lin ye

Klin 01133952676

Macam mana sel kanser terbentuk?

Bagaimana sel kanser terbentuk 😢



Sel ➡ Menua ➡ Tidak mati ➡ Berganda ➡ Kanser!



Ni adalah proses sel yg x normal. Sel menua sepatutnya mati dan membentuk sel baru. Tapi tidak bagi sel yg x normal (abnormal sel) .Bila sel menua ini tidak mati, ia akan menjadi suatu ancaman kepada badan! 


Baik, kita tengok pula pembahagian sel yg normal

Sel ➡️ Menua ➡️ Mati ➡️ Di ganti Sel baru



Sel2 rosak dan semakin berganda ini boleh merosakkan tisu2 bersebelahan, dan ianya boleh merebak ke bahagian lain badan!  Dengan pantas boleh ke stage 3@4 kalau lambat kesan.

Lalu berkembang lagi dan lagi menjadi tumor yg baru!

Ni lah proses terbentuknya sel kanser!

So Bagaimana cara utk halang sel kanser terjadi?

- kuatkan sistem imun badan 
- jaga Telomere 
- amalkan cara hidup sihat (jgn stress, tidur lambat, terdedah dgn sinaran uv terlalu lama, etc)

Resveratrol dan Polifenol yang terdapat di dalam Vivix berupaya merencat perkembangan sel kanser.

Resveratrol dan Polifenol juga  dapat memprogramkan APOPTOSIS KE atas sel kanser, iaitu proses kematian sel kanser secara terprogram (sel kanser bunuh diri sendiri).

Resveratrol & Polifenol ini bertindak sebagai anti inflamasi dan anti kanser.

Bila sel kanser nak membiak, resveratrol & polifenol akan berusaha untuk halang.

Jom ikhtiar dengan vivix. Shaklee siap buat research,  kandungan revesratrol  terhadap sel kanser payudara mampu menghalang pembentukan sel kanser dan menggalakkan cetusan sel opoptosis.







Opoptosis ni macam mana pula ya. Apa yg opoptosis ni buat? Opoptosis ni adalah sel kanser yg membunuh diri! Bagus betul kan..

Semakin tinggi kandungan revesratrol yg di ambil semakin rendah bilangan sel kanser!

Testimoni pelanggan2 yg consume vivix. Kandungan yg ada dalam vivix bantu merencatkan sel kanser.








Nak order vivix shaklee? Boleh call/wasap klin di 01133952676

Resign kerja gaji lumayan tak menyesal ke..


Menyesal? Hm..
Bukan menyesal tapi bersyukur. Bersyukur sebab salah satu impian klin dari 3-4 tahun Allah dah makbul. Tinggalkan dunia pekerjaan selama 11 tahun dalam bidang jururawat bukan satu perkara yg mudah. Dengan gaji yg bukan biasher2 😂 luar biasher tuu



Pastu dengan high komitmen. Mana dgn nak bayar loan kereta, loan ptptn, amanah2(hutang)  dgn orang perseorangan. Fuhhh berpeluh makkk. 

So macam mana klin hadap situasi ni? 

Bertenang..jangan gelabah, jangan murung, jangan bermuram durjana. Yakin dengan rezeki dari Nya. Yg menggerakan sesuatu kejadian Allah. Yg mengaturkan setiap rezeki hambaNya Allah. Lagi2 hambaNya sedang berjuang untuk tinggalkan pekerjaan yg bagi klin agak besar impak dia dalam kehidupan klin. Besar tau perjuangan nak tinggal sesuatu yg Allah x redha. Nauzubillah.


Bertenang lah sahabat. Banyakkan beristighfar, banyakkan selawat. Buat solat taubat, tahajud, witir, baca Al Quran.  Macam mna rezeki tu nak sampai kalau asyik susah hati, stress, mengeluh asyik x cukup. Kannn


Dah 9 hari klin tinggalkan dunia pekerjaan. Dan ini lah yg klin cari2 selama ni. Ketenangan. Tenang melihat anak2 membesar depan mata. Dapat uruskan keluarga dengan sempurna. Dan yg paling klin seronok, dapat uruskan bisnes mobile spa mengikut masa klin sendiri.



Kalau korang nak tahu, salah satu sebab klin resign pun sebab anak klin yg nombor dua hilang. Bukan pertama kali hilang. Tapi hilang untuk kali ke dua. Hilang waktu klin tengah bekerja. Ya Allah..yg kali ke dua tu sadis sikit, cari merata2 tempat tak jumpa. Last sekali dah mati akal, pergi balai polis yg berdekatan tempat klin tinggal. Alhamdulillah, Allah ketemukan dgn anak klin. Terima kasih hamba Allah yg baik hati sebab hantar anak ke balai polis. Jumpa dekat mall. Bila klin tanya, adik..kenapa jalan sorang2 adik p mana? Dia jawab apa tau..adik pi cari ibu laaa. Ya Allah meruntun jiwa kalbu klin. Murung seminggu 😔



Lagi kuat jiwa ni nak resign. Nak pi kerja pun dh xada mood. Fikiran ke laut. Fikir anak2 kat rumah. Ya Allah lindungi lah anak2 aku walau dimana mereka berada.

Sekarang dah x ada lagi perasaan susah hati, serabut fikirkan ank2 sebab hari2 setiap masa nampakdepan mata kecuali time sekolah la. Hee..now masa untuk klin focus spa. Kenapa dalam banyak2 pekerjaan, bisnes mobile spa yg klin pilih? Mesti ada sebab kan..sebab


Klin dah ada skill, pernah belajar kursus mobile spa TWB tahun 2015 dan dah ada pengalaman buat secara part time dulu. Pernah attend client. Ada yg amik pakej spa seri pengantin, facial treatment. Memang enjoy. Dapat client yg sporting, baik hati, dapat pergi rumah client yg besar2, kaya. Wahhh..terinspirasi jugak la. Pastu dapat buat instant money! 100% klin punya income. Tak perlu nak gajikan pekerja untuk bisnes spa klin. Buat masa kelapangan. Ya laa nama pun part time kan.



InshaAllah, klin akan focus bisnes spa balik. Tapi dalam masa yg sama klin dpt jaga ank2 klin. So macam mna? Klin akan run spa pada waktu pagi lepas siap2kan ank2 ke sekolah. Buat mobile spa ni tak lama pun. Attend client 2-3 jam jer. Tapi income, mak aii mengalahkan org yg buat ot sehari gaji. Ikut pada pakej yg client amik la kan. Tapi kalau sejam pun you dah boleh dapat rm60-rm80 kalau 30 hari dah berapa? Cer kira cer kira..

Dan part yg paling best, bila mana nak beribadah tak ada halangan. MashaAllah..salah satu nikmat besar yg klin dapat. Cukup Allah bagi ku. Memang akan rasa cukup kalau kita sentiasa bersyukur. Kann









Kursus Mobile Spa Utara



Masih tercari2 bisnes apa yg nak buat untuk tambah pendapatan? Nah klin kongsikan disini sebab dan kenapa korang perlu pilih bisnes mobile spa TWB.


1.Modal yang sangat minimum dan berbaloi. Ya, bisnes mobile spa TWB tak perlu keluarkan modal yg tinggi. Hanya bermula dengan RM1999, korang akan di ajar macam mana nak mulakan bisnes spa hanya dari rumah ke rumah. Tak usah fikir nak sewa kedai mana, nak keluarkan modal yg banyak untuk beli peralatan spa. Tahu x bermodalakan rm1999, ramai ahli TWB sudah berjaya dapatkan balik modal dalam masa 1 bulan?

2. Kursus spa TWB hanya ambil masa sehari untuk belajar 5 course iaitu

-facial treatment
-body scrub
-hand spa
-foot spa
-sauna herba
-aura milk bath
-belajar macam mana buka spa hanya dari rumah


3. Training one to one sampai mahir. Jangan risau, kita ada trainer satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yg boleh ajarkan korang sampai mahir. Setiap skill yg diajar akan diulang2 sehingga korang faham. Bestkan?





4. Automatik bila korang join bisnes spa TWB, korang akan di beri produk skin care shaklee, beg spa, trial kit spa, dan sijil





4.Dapat akses ke group coaching. Lepas join, TWB akan masukkan korang ke group support. Kat sini korang akan dapat tips dari otai2 yg dh lama berkecimpung dengan mobile spa. Tips buat duit? Teknik/ cara untuk dapatkan client? Semuanya ada dalam group coaching. Rasa2 tak ada idea, sila refer ke group coaching TWB.

Klin share proven result ahli2 TWB jana income setiap hari 😃








Part Time Job Mobile Spa 2019




Sekarang dah masuk bulan Rejab. Lagi 2 bulan  dh nak raya puasa. Korang xnak ke tambah income dengan bisnes mobile spa? Duit tu boleh la buat shopping baju raya ke, gi holiday ke. Kan..




Nak tak klin ajarkan korang satu peluang bisnes yg tgh high demand sekarang. Servis mobile spa! Yeahh..Bisnes yg berpanjangan dan bukan bisnes yg bermusim. Sampai bila2 pun orang akan cari servis spa ni. 

Dah ramai proven result dari ahli2 TWB yg berjaya jana extra income hanya buat servis spa bergerak/mobile spa secara part time. Mereka semua ni ada yg dari kalangan ibu tunggal, cikgu, nurse, pelajar, engineer, dan ramai lagi golongan profesional. 

Ada yg jana income servis spa secara fulltime, ada yg buat hujung minggu saja, lepas kerja, waktu rehat, balik kampung, tengah bercuti. 

Tahu x berapa lama diorang bekerja untuk dapatkan rm200-rm300 sehari?? Xlama pun, hanya perlu spend 2-4 jam sehari untuk dapatkan income sebanyak ni. Bestkan? Tak perlu nak kerja sehari suntuk untuk dapatkan nilai yg sama macam beautician spa TWB kerja ☺️ Work smart not work hard hokeyy. Hee..








Masa bekerja yg sangat fklesibel. Korang yg tentukan masa bekerja. Nak buat mobile spa waktu pagi saja? Atau hujung minggu? You yg decide it! Sangat fun dan enjoy bila korang dah berkecimpung dengan dunia bisnes mobile spa. 

Lagi satu, dlm bisnes spa TWB, korang dapat akses ke group coaching bila dh sign up sebagai ahli TWB. Buat bisnes ni x boleh buat sorang2. Kena ada group coaching/support group. At least kalau korang stuck or no idea nk kembangkan lgi servis mobile spa, korang boleh refer ke group support. 

Nak beli jam mahal? Nak beli handphone? Nak holiday? Nak makan sedap2? Semua korang boleh dapat kalau korang sentiasa on track dlm bisnes spa TWB. Senang giler buat duit dengan mobile spa TWB ni.




Kenapa kena pilih kursus mobile spa TWB? 

✅ Pakej TWB kursus mobile spa TWB yg sangat2 murah! 
✅ Training sehari je!! Tak perlu cuti lama2 nak attend class
✅ Hands on practical training (one to one)
✅ 5 penjuru income! Bukan income spa semata2..
✅ Boleh dapat instant cash!
✅ Modal kecil tapi UNTUNG berlipat ganda!
✅ RM1,999 utk 5+1 COURSES !!! All in pulak tu, lengkap dgn semua kelengkapan 😱 (mana nak dapat pakej mcm ni kat luar beb?)
✅ Simple & Fun business, tapi untung sgt banyak!
✅ Free ilmu Marketing + ilmu Nutrisi + ilmu Property!! Dan banyakkk lagi
✅ Berpeluang travel ke oversea setiap tahun!! Best gila!! (Affordable trip tapi MEWAH, percuma pun ada!)
✅ Support group TWB yg sangat membantu & happening!
Fuhh banyak lagi kalau nak disenaraikan.. bengkak jari nak taip 😛



Join kami dulu, baru tahu best macam mana biz mobile spa twb ni 💃🏼
011.339.52.676.
#bizmobilespatwb
#thewalkingbeauty


Tinggalkan kerjaya Jururawat kepada Beauty Therapist?

Hai assalammualaikum semua,
Sejak berhenti kerja klin dah rajin nak update blog yg bersawang ni 😂

Macam mna ya nak mulakan. Hehe..

K.lin baru 4 hari resign kerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta di utara tanah air. Berpengalaman selama 10 tahun di unit O&G iaitu 5 tahun di obstrectic & gynaecology ward dan hampir 4 tahun di labour room. Setahun lagi pi study course 😂


Kenapa tiba2 resign dari kerja yg boleh dikatakan terjamin jugak la masa depan? Klin tak boleh nak cerita kat sini. Hanya kenalan2 yg rapat dan juga keluarga saja yg tahu atas sebab klin resign 24 hours.

Setelah hampir sebulan lamanya klin berfikir untuk resign, minta pandangan beberapa orang alim, sahabat2, suami, keluarga akhirnya 8 March 2019 klin nekad hantar surat notis resign 24 jam ke pihak company. Ramai kawan2 terkejut dgn tindakan klin. Ada yg bgi cadangan minta tukar unit. Tpi klin tetap dgn pendirian klin untuk terus resign. Apa yg klin boleh bagitau, segala batu beban yg klin tanggung selama ni hilanggg. Ya Allah, rasa lapang selapang lapangnya jiwa ni. Tak boleh nk gambarkan mcm mn perasaan 'lega' yg klin rasa bila klin lepaskan jawatan tersebut. Allah saja yg tau perasaan tu.

Dah resign 24 hours tu faham2 saja la. Bermacam2 soalan yg klin dapat. Ada duit ke nak byr balik ke company? Baru nak rasa senang sikit dh resign. Rugi la..Ya klin kena bayar balik ganti rugi dekat company utk sebulan gaji. Tak pa, redha dan tawakal saja. K.lin usaha la untuk bayar balik. Yg penting k.lin bahagia dan tak rasa 'sakit'dh 😉

Hm, ada yg pertikaikan dah x kerja mna nak dapat duit? Betul tu. Tapi pernah terfikir x hidup ni perlu cari keberkatan juga. 

Sebelum resign, klin ada bincang dan jumpa dengan one of my leader dalam bisnes spa TWB iaitu Keyra. K.lin luahkan masalah klin dan juga hasrat nak resign. Mula2 Keyra terkejut juga. Suruh fikir panjang sebelum nk berhenti kerja. Lepas klin explain kenapa perlu resign baru Keyra faham. Dari situ klin nampak Keyra cuba nak bantu klin. 


Bantu yg macam mn? Bagi jalan macam mna nak bangun balik dalam karier bisnes spa. Ya, klin memang ada skill dalam bidang spa dulu. Tapi dulu buat secara sambilan saja sebab terikat dengan kerja hakiki. Sekarang klin akan focus 100% dalam bisnes mobile spa.

Bagi klin, bisnes mobile spa ni la yg paling fleksibel dan mudah untuk klin stay focus. Sebab masa untuk klin bekerja cuma 4-6 jam sehari. Selebihnya klin dh ada masa untuk keluarga dan anak2. Dalam masa 4-6 jam boleh jana income rm150-rm400. Instant cash lagi.Bestkan sebab duit tu 100% kita punya. Kalau sebulan dh berapa kan? Kacing kacinggg dalam akaun bank.



Lagi satu, melalui bisnes mobile spa TWB, klin dapat satu kepuasan bila mna dapat bantu wanita2 yg nak ke spa tapi tak ada masa, atau anak tak ada sapa jga. Kat situ klin dapat bantu client2 klin untuk penuhi keinginan mereka yg nak berspa dengan cara yg mudah. Hidup ni jgn fikirkan untuk diri sendiri saja tapi cuba bagi value utk org lain juga. Baru besttt hidup kat bumi Allah ni 😉

Jana duit dengan mobile spa ni tak boleh buat sorang2. Kena ada group coaching baru rancak nak berbisnes. Baru rasa on track selalu. Sebab dari group coaching la dapat aura tarik duit hari2,  dapat tips2 dari otai2 yg berpengalaman, teknik berkesan untuk cari pelanggan. Semuanya ada dalam group alumni The Walking Beauty. Sebut saja masalah apa yg kita ada inshaAllah group2 TWB sedia membantu.


Klin yakin, klin boleh pergi jauh dalam bisnes spa twb. Cuma klin kena konsisten dan stay focus. Tak boleh kona2 dh macam dulu. Sekejap focus sekejap tak. Kena kejar my leader selalu supaya sentiasa on track ☺️

Dan aim klin tahun ni klin akan make sure dapatkan tiket percuma ke Korea @ Swiss. Buat bisnes spa TWB pun boleh pi melancong free tau. Bukan bisnes besher2 😂

Korang yg nak tahu macam mana nk buat bisnes mobile spa macam klin, boleh call/wasap klin

01133952676


♥ Copyright © Norazlin Mohd Noor | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif